Rabu, 26 Mac 2014

Cara Delete Virus " autorun.inf "




Assalamualaikum dan salam sejahtera buat semua.Hari ini, saya akan ajar anda semua bagaimana untuk memadam virus dalam bentuk folder yang diberi nama " autorun.inf ". Selalunya, virus seperti ini ada di dalam PenDrive. Virus ini selalunya ada di komputer siber kafe. Jadi, jika hendak memasukkan sesuatu benda di siber kafe, anda haruslah mengambil langkah berjaga-jaga.





 Ok. Jom kita mulakan tutorial kita pada hari ini:-


 1) Mula-mula, buka Command Prompt. Pergi ke Start > Run > Taip " CMD " dan tekan Enter


 2) Selepas Command Prompt terbuka, salin kod dibawah dan tampal di Command Prompt anda.

 rd /s /q \\.\DRIVE:\autorun.inf

 ubah perkataan DRIVE kepada nama Drive anda. Contoh: rd /s /q \\.\D:\autorun.inf Bila dah salin dan tampal kod itu, anda terus tekan Enter.


 3) Selesai tekan Enter, itu bermaknanya anda telah berjaya memadam virus autorun.inf dari komputer anda.  Selepas itu, sila restart komputer anda dan anda boleh guna ia dengan sempurna.



 ...ENJOY.. 

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

-Terbuka semua sesiapa yang hendak berkomen..
-Komenlah dengan baik dan sopan,yang mudah saya memahami..
-Komen yang mengandungi link aktif akan langsung dipadam.